Saturday

Usana Perfect 100 Pack, Satu Kajian Dan Ulasan Bahagian 3 (Akhir)


Usana Perfect 100 PackAssalamualaikum, sudah agak lama tuan punye blog (saya le tu) tak update blog kerana kesibukan. Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang ke blog saya. Didapati entry saya tentang Perfect 100 Pack Usana  bahagian 1 dan 2 (Klik di sini untuk ke bahagian 2 artikel ini) yang paling mendapat sambutan di antara semua.
Dan sudah lama saya tangguhkan nak buat bahagian 3 dan terakhir ini. Jadi sebagai menghargai anda semua yang berminat mengetahui tentang produk Usana yang terbaik ini, saya akan menjawab beberapa persoalan yang penting dan kritikal seperti:
  • Apakah isi kandungan dalam Essentials dan Proflavanol di dalam Usana Perfect 100 Pack?
  • Siapakah pencipta formula terbaik Usana ini?
  • Apakah anugerah yang diterima oleh produk-produk ini?
Isi Kandungan Di Dalam Essentials
Essentials™ adalah bermaksud lengkap yang memberi makna bahawa ia lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ianya adalah produk yang paling seimbang. Essentials™ didatangkan dalam dua botol iaitu AO Pro (Antioksidan+MultiVitamin) dan Chelated Mineral (MultiMineral).
Usana Essentials AO Pro
Usana Essentials AO Pro
Usana Essentials AO Pro
  • Formula yang merangkumi spectrum vitamin, mineral dan kofaktor yang penting untuk kesihatan optimum.
  • Mengandungi siri antioksidan untuk melindungi badan dari tekanan pengoksidaan.
AO PRO USANA telah dibentuk untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan am serta untuk melawan kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas. Essentials USANA membekalkan asas pemakanan yang perlukan oleh setiap orang dewasa untuk kesihatan harian.
Tekanan harian dan pencemaran persekitaran telah mengakibatkan radikal bebas yang semakin banyak. Diet kita yang banyak mengandungi makanan terproses dan bahan-bahan pengawet menyebabkan kita semakin memerlukan antioksidan.
AO PRO membekalkan antioksidan yang bermutu dan bio-wujud (bio-available) untuk memenuhi keperluan kesihatan yang semakin mendesak. Selain perlindungan antioksidan, AO PRO juga memberi badan kita zat-zat yang diperlukan.

Isi Kandungan Tablet Usana Essentials AO Pro
Isi Kandungan Tablet Usana Essentials AO Pro
Vitamin E – Antioksidan Terpenting

Vitamin E merupakan satu daripada antioksidan yang paling penting dalam badan manusia kerana ia membantu memelihara membran sel yang kuat.

Poly C – Formula Vitamin C Usana Yang Unik

Poly C merupakan kompleks mineral askorbat yang dapat memanjangkan aktiviti vitamin C. Vitamin C adalah vitamin pelarut air yang berfungsi memelihara kesihatan badan.

Beta Carotene – Sumber Pro-Vitamin A yang Terus Serap

USANA menggunakan karotenoid beta-carotene, iaitu bentuk provitamin daripada Vitamin A, yang akan berubah menjadi vitamin A hanya apabila diperlukan untuk sistem pertahanan badan yang kuat dan sihat serta memelihara daya penglihatan yang baik.
Di samping itu juga, lycopene, lutein dan zeaxanthin juga adalan karotenoid antioksidan yang berguna untuk melawan radikal bebas. USANA memanfaatkan campuran karotenoid untuk menghasilkan suatu prektrum perlindungan antioksidan kepada badan.

CoEnzyme Q10

Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu nutrien yang paling abnyak dikaji dan paling disambut baik. Antioksidan diperlukan oleh badan untuk penghasilan tenaga dalam sel. Namun keupayaan badan manusia untuk mensitesiskan atau menyerap CoQ10 adalah semakin berkurangan apabila umur kita semakin meningkat. Lantas kita memerlukan AO PRO USANA untuk mengekalkan CoQ10 pada tahap sihat.

Asid Alfa Lipoik

Asid Alfa Lipoik merupakan sejenis bahan seakan-akan vitamin yang dapat dilarutkan oleh lemak dan air. Ia mudah diserap oleh usus dan dibawa ke membran sel dan ia diperlukan untuk melawan radikal bebas sama ada di dalam atau di luar sel.

Vitamin B Kompleks

AO PRO juga mengandungi vitamin B kompleks yang dirumus secara berhati-hati dan bersekadar. Ia penting untuk penghasilan tenaga, proses matabolisma dan pertumbuhan badan. Vitamin-vitamin ini penting digunakan untuk mengekalkan homocynteine pada tahap yang normal. AO PRO mengandungi 1000μg asid folik.

Cadangan Pemakanan

Tiga (3) kapsul setiap hari, dicadangkan makan bersama hidangan.
Usana Essentials Chelated Mineral
Usana Essentials Chelated Mineral
Usana Essentials Chelated Mineral
  • Melawan kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas dengan jumlah mineral penting yang seimbang.
  • Membekalkan mineral yang penting untuk pemeliharaan fungsi metabolisma dan sistem imun yang sihat.
CHELATED MINERAL dicipta untuk memelihara kesihatan dan kesejahteraan am serta untuk melawan radikal bebas dengan cara membekalkan jumlah mineral penting yang seimbang kepada badan. Banyak vitamin dan enzim memerlukan mineral kofaktor untuk berfungsi dengan baik.

Adunan Mineral yang Seimbang

CHELATED MINERAL adalah terdiri daripada suatu spektrum mineral yang luas, termasuklah zink, selenium, magnesium, kromium, iodin, tembaga, mangan dan vanadium untuk kesihatan badan yang optimum.
Isi Kandungan Tablet Usana Essentials Chelated Mineral
Isi Kandungan Tablet Usana Essentials Chelated Mineral
Mineral dan unsur surih mewakili kurang daripada satu setengan dari 1% antara jumlah nutrien yang kita makan setiap hari. Namun sekiranya tanpa mereka, badan kita tidak dapt menggunakan karbohidrat, protin dan lemak dengan berkesan. Mineral asas juga penting untuk metabolisma badan.

Kesempurnaan dan Bio-availability

Kajian terbaru mendapati bahawa banyak lagi kita perlu kaji tentang mineral dalam diet harian kita.
Bukan semua mineral dicipta sama rata. Mineral yang digunakan oleh USANA adalah mineral yang mudah diserap oleh badan manusia. Dengan sikap yang berhati-hati, USANA merumuskan mineral asas yang ideal dan seimbang dan dalam bentuk “bio-available” serta penambahan mineral surih untuk keseimbangan dan kesempurnaan.
USANA menitikberatkan penggunaan ramuan yang bermutu, tulen dan lengkap dan berbentuk “bio-available”. Semua mineral hanya diambil daripada pembekal yang berkualiti yang mematuhi garis panduan ketat farmaseutikal GMP USANA.

Cadangan Pemakanan

Tiga (3) kapsul setiap hari dicadangkan makan bersama hidangan.
Usana Proflavanol
Usana Proflavanol
Usana Proflavanol
  • Formula antioksidan berdasarkan kombinasi sinergi antara ekstrak biji anggur bioflavonoids dan formula POLY C Usana.
Adalah suatu ironi kehidupan bahawa kita memerlukan oksigen untuk penghasilan tenaga yang berkesan dan untuk fungsi metabolisma badan tetapi sebaliknya oksigen yang wujud dalam pelbagai bentuk kimia dan yang diberi nama ROS. ROS ialah “spesies oksigen reaktif” yang merupakan racun kepada sel dan tisu badan.
Pendedahan yang keterlaluan kepada ROS akan menimbulkan ketidakseimbangan fisiologi yang dikenali sebagai tekanan pengoksidaan. Oleh yang demikian, antioksidan yang boleh dimakan merupakan barisan pertahanan yang utama terhadap tekanan pengoksidaan.

Isi Kandungan Tablet Usana Proflavanol
Isi Kandungan Tablet Usana Proflavanol
Kuasa Untuk Melawan Radikal Bebas

Radikal bebas dan spesies oksigen reaktif merupakan musuh sebenar kesihatan manusia. Tiap-tiap hari molekul reaktif ini – sama ada dari pencemaran persekitaran, asap rokok, diet berlemak atau dari metabolisma biasa – akan menyerang sel kita.
Satu daripada cara terbaik untuk mengatasi serangan ini adalah dengan mempertahankan diri kita dengan antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas ini.
Proanthocyanidins (sejenis bioflavonoids) yang berbentuk ekstrak biji anggur merupakan antara penghapus radikal bebas yang paling kuat dapat ditemui. Proanthocyanidins boleh didapati dalam banyak jenis makanan tetapi selalunya jumlahnya terlalu sedikit.

Mengapa Pilih Proflavanol™?

PROFLAVANOL™ merupakan senjata utama dalam gedung antioksidan badan. USANA menggunakan ekstrak biji anggur yang bermutu tinggi. Bersama-sama rumusan eksklusif Usana, POLY C adalah penghapus radikal bebas dalam PROFLAVANOL™, membekalkan anda bahan-bahan yang paling penting untuk memelihara kesihatan badan.
Setiap PROFLAVANOL™ mengandungi 30mg ekstrak biji anggur yang menawarkan perlindungan antioksidan yang paling lengkap.

Cadangan Pemakanan

Tiga (3) tablet setiap hari.

Kenali Pengasas Usana

Pengasas Usana Dr Myron Wentz
Pengasas Usana Dr Myron Wentz

Kisah Usana
Ditubuhkan pada tahun 1992, hari ini USANA Health Sciences merupakan pengeluar dan pengedar penokok zat yang amat disanjungi. Kejayaan USANA sebahagian besarnya bergantung kepada pengasas dan pengerusinya iaitu Dr Myron Wentz.
Pakar Dalam Bidang Pemeliharaan Sel
Dr Wentz, seorang pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang mikrobiologi dan imunologi, merupakan peneroka terkenal antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sel manusia untuk diagnosis penyakit berjangkit.
Dr Wentz menubuhkan Gull Laboratories pada awal tahun 1970 dan menghabiskan tempoh 20 tahun untuk membangunkan produk diagnostik untuk digunakan di hospital dan makmal klinikal di merata dunia. Ini menjadikan beliau seorang pakar dalam bidang pemeliharaan sel manusia yang sihat.
Dari Peringkat Mendiagnosis Penyakit ke Tahap Mewujudkan Kesihatan Optimum
Walaupun berjaya dalam Gull Laboratories, Dr Wentz berhadapan dengan masalah ketidakpuasan diri dan juga masalah kesihatan peribadi. Beliau mendapat nasihat seorang rakan untuk memakan penokok zat yang seterusnya telah mengubah visi dan menukar haluan karier beliau.
Memandangkan kedua-dua ibu bapa beliau meninggal akibat penyakit degeneratif, ahli sains dari North Dakota ini mengambil keputusan untuk mengubah haluan kepakaran beliau dari mendiagnosis penyakit ke bidang mempromosi kesihatan badan.
Mencatat Piawai Kecemerlangan yang Baru
Setelah mengetahui kepentingan zat yang baik terhadap fungsi sel yang optimum, Dr Wentz mulai menguji kehadiran penokok zat dalam makmal analitisnya. Beliau mendapati kebanyakan zat tidak dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan seimbang kepada badan manusia. Beliau juga mendapati zat-zat tersebut selalunya berkualiti rendah dan mempunyai kesan biologi yang lemah.
Lantas, Dr Wentz menubuhkan USANA pada tahun 1992. Dia bercita-cita untuk membangunkan siri penokok zat yang
seterusnya telah mengubah piawai kecemerlangan dalam industri berkenaan.
Berkongsi Visi Kesihatan
Sekarang, beribu-ribu orang di merata dunia berkongsi visi dengan Dr Wentz untuk menjaga kesihatan masing-masing melalui pemakanan yang baik, dan mereka yakin bahawa USANA dapat membawa kebahagiaan kepada keluarga mereka. Impian Dr Wentz untuk melahirkan “sebuah dunia yang bebas daripada kesengsaraan” telah mendorong beliau untuk menguruskan Sanoviv Medical Institute di Baja, Mexico, iaitu sebuah institusi perubatan yang canggih, begitu juga Wentz Medical Centre untuk kanak-kanak di Gaba, Uganda.
“Dengan kombinasi tertentu semua nutrien-nutrien yang penting dalam kehidupan, saya mampu mengekalkan keadaan kesihatan sel-sel dengan jayanya tanpa kesan penuaan ataupun penyakit.”
Anugerah The Personality Award 2008
Dr. Myron Wentz telah menerima The Personality Award pada tahun 2008. Ianya merupakan satu anugerah yang diiktiraf dan dikelolakan oleh badan bebas yang juga mengelolakan The BrandLaureate Award. The Personality Award merupakan satu anugerah yang mengiktiraf tokoh-tokoh yang telah menyumbangkan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat dunia.
Pengasas Usana Dr Myron Wentz Memenangi Brand Personality Award
Pengasas Usana Dr Myron Wentz Memenangi Brand Personality Award

Albert Einstein Award

Albert Einstein Award merupakan satu anugerah yang sangat berprestij terulung di dalam dunia Sains. Nama anugerah ini sendiri diambil sempena nama saintis lagenda dan terkenal iaitu Albert Einstein. Disebabkan Dr. Myron Wentz telah menyumbangkan baktinya yang sangat besar di dalam bidang Sains Kesihatan, Dr. Myron Wentz telah dianugerahkan Albert Einstein Award. Sejak anugerah ini diwujudkan, hanya 8 orang sahaja yang menerima anugerah ini, Dr. Wentz adalah seorang daripadanya. Amat membanggakan.
Pengasas Usana Dr Myron Wentz Memenangi Albert Einstein Award
Pengasas Usana Dr Myron Wentz Memenangi Albert Einstein Award
Usana Essentials Diberi Anugerah Brandlaureate Awards
Usana Essentials Menang Brandlaureate Award
Usana Essentials Menang Brandlaureate Award
The BrandLaureate Award – The Grammy Award for Branding. Itulah tagline bagi anugerah yang sangat berprestij untuk menentu sesuatu produk itu adalah yang terbaik dan terunggul. Ia adalah sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan Super Brand yang mana kebanyakan produk boleh mendapatkan pengiktirafan Super Brand jika ianya menepati piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Super Brand.
The BrandLaureate Award adalah anugerah bertaraf antarabangsa yang mana hanya produk atau perkhidmatan yang terbaik sahaja yang akan menerima anugerah ini. Ratusan produk dan perkhidmatan akan bertanding untuk mendapat kedudukan teratas mengikut kategori masing-masing. Tiada tempat kedua untuk The BrandLaureate Award ini.
Apa yang boleh dibanggakan, Essentials™ keluaran USANA Health Sciences telah memenangi The BrandLaureate Award sebanyak 5 kali berturut-turut semenjak memasuki pasaran Malaysia dari tahun 2007 sehingga 2011 bagi kategori Advance Nutritional Product. Ini membuktikan yang produk keluaran USANA merupakan yang terbaik di Asia Pasifik melalui The BrandLaureate Award. Sememangnya ini adalah Nutrisi yang anda boleh percayai.
Usana Essentials Brandlaureate Award
Usana Essentials Brandlaureate Award
Ya, kita telah pun ke penghujung bahagian akhir artikel 3 siri ini. Saya berharap semoga segala maklumat yang telah dibentangkan ini dapat memberi manfaat dan juga membuka hati anda untuk mencuba produk ini. Anda boleh hubungi saya pada bila-bila masa sahaja melalui e-mail atau telefon jika ada kemusykilan tentang produk Usana ataupun jika hendak membeli produk Usana boleh order dari saya. Saya menawarkan harga yang paling murah dan juga servis selepas jualan yang terbaik kepada para pengguna sekalian. Sekian sahaja, hingga ke artikel akan datang. Wassalam.

No comments:

Post a Comment