Friday

Atlit USA Mengamalkan USANA



Sepertimana yang kita tahu, golongan-golongan atlit di seluruh dunia akan memastikan apa sahaja pemakanan dan pil-pil vitamin yang mereka ambil dijamin tidak mengandungi steroid atau apa jenis dadah yang merbahaya. Ini adalah untuk menjamin kesihatan mereka berada di tahap optimum. Jika mana-mana produk yang mereka ambil mengandungi steroid, risikonya adalah sangat besar dan pingat kemenangan mereka akan ditarik semula. Perkara seperti ini memang pernah berlaku, oleh kerana ini, mana-mana organisasi yang menguruskan ahli sukan memang mengambil berat tentang pemakanan dan vitamin yang akan diambil oleh atlit mereka. Ini untuk memastikan atlit mereka mendapat sesuatu yang terbaik.
Di USA, atlit-atlit mereka telah mengamalkan pengambilan penokok zat dari keluaran USANA Health Sciences. USANA menjadi kepercayaan kepada atlit USA kerana produk USANA dijamin 100% tidak mengandungi unsur dadah. Ramai atlit yang mengamalkan produk USANA terbukti berjaya di gelanggang.
Saksikan video atlit yang mengamalkan USANA..

Thursday

KERABAT DI RAJA MENGAMALKAN USANA


KERABAT DI RAJA MENGAMALKAN USANA

Apa yang akan dipaparkan ini sememangnya telah menarik minat saya tentang USANA. Majalah NONA keluaran Ogos 2007 telah membuktikan yang kerabat di Raja juga mengamalkan USANA untuk kesihatan dan kecantikan. Di dalam majalah ini, Tengku Ana yang juga adinda kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin telah menyatakan rahsia penjagaan kesihatan dan kecantikan beliau.



Saturday

Usana Perfect 100 Pack, Satu Kajian Dan Ulasan Bahagian 3 (Akhir)


Usana Perfect 100 PackAssalamualaikum, sudah agak lama tuan punye blog (saya le tu) tak update blog kerana kesibukan. Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang ke blog saya. Didapati entry saya tentang Perfect 100 Pack Usana  bahagian 1 dan 2 (Klik di sini untuk ke bahagian 2 artikel ini) yang paling mendapat sambutan di antara semua.
Dan sudah lama saya tangguhkan nak buat bahagian 3 dan terakhir ini. Jadi sebagai menghargai anda semua yang berminat mengetahui tentang produk Usana yang terbaik ini, saya akan menjawab beberapa persoalan yang penting dan kritikal seperti:
  • Apakah isi kandungan dalam Essentials dan Proflavanol di dalam Usana Perfect 100 Pack?
  • Siapakah pencipta formula terbaik Usana ini?
  • Apakah anugerah yang diterima oleh produk-produk ini?
Isi Kandungan Di Dalam Essentials
Essentials™ adalah bermaksud lengkap yang memberi makna bahawa ia lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ianya adalah produk yang paling seimbang. Essentials™ didatangkan dalam dua botol iaitu AO Pro (Antioksidan+MultiVitamin) dan Chelated Mineral (MultiMineral).
Usana Essentials AO Pro
Usana Essentials AO Pro
Usana Essentials AO Pro
  • Formula yang merangkumi spectrum vitamin, mineral dan kofaktor yang penting untuk kesihatan optimum.
  • Mengandungi siri antioksidan untuk melindungi badan dari tekanan pengoksidaan.
AO PRO USANA telah dibentuk untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan am serta untuk melawan kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas. Essentials USANA membekalkan asas pemakanan yang perlukan oleh setiap orang dewasa untuk kesihatan harian.
Tekanan harian dan pencemaran persekitaran telah mengakibatkan radikal bebas yang semakin banyak. Diet kita yang banyak mengandungi makanan terproses dan bahan-bahan pengawet menyebabkan kita semakin memerlukan antioksidan.
AO PRO membekalkan antioksidan yang bermutu dan bio-wujud (bio-available) untuk memenuhi keperluan kesihatan yang semakin mendesak. Selain perlindungan antioksidan, AO PRO juga memberi badan kita zat-zat yang diperlukan.

Isi Kandungan Tablet Usana Essentials AO Pro
Isi Kandungan Tablet Usana Essentials AO Pro
Vitamin E – Antioksidan Terpenting

Vitamin E merupakan satu daripada antioksidan yang paling penting dalam badan manusia kerana ia membantu memelihara membran sel yang kuat.

Poly C – Formula Vitamin C Usana Yang Unik

Poly C merupakan kompleks mineral askorbat yang dapat memanjangkan aktiviti vitamin C. Vitamin C adalah vitamin pelarut air yang berfungsi memelihara kesihatan badan.

Beta Carotene – Sumber Pro-Vitamin A yang Terus Serap

USANA menggunakan karotenoid beta-carotene, iaitu bentuk provitamin daripada Vitamin A, yang akan berubah menjadi vitamin A hanya apabila diperlukan untuk sistem pertahanan badan yang kuat dan sihat serta memelihara daya penglihatan yang baik.
Di samping itu juga, lycopene, lutein dan zeaxanthin juga adalan karotenoid antioksidan yang berguna untuk melawan radikal bebas. USANA memanfaatkan campuran karotenoid untuk menghasilkan suatu prektrum perlindungan antioksidan kepada badan.

CoEnzyme Q10

Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu nutrien yang paling abnyak dikaji dan paling disambut baik. Antioksidan diperlukan oleh badan untuk penghasilan tenaga dalam sel. Namun keupayaan badan manusia untuk mensitesiskan atau menyerap CoQ10 adalah semakin berkurangan apabila umur kita semakin meningkat. Lantas kita memerlukan AO PRO USANA untuk mengekalkan CoQ10 pada tahap sihat.

Asid Alfa Lipoik

Asid Alfa Lipoik merupakan sejenis bahan seakan-akan vitamin yang dapat dilarutkan oleh lemak dan air. Ia mudah diserap oleh usus dan dibawa ke membran sel dan ia diperlukan untuk melawan radikal bebas sama ada di dalam atau di luar sel.

Vitamin B Kompleks

AO PRO juga mengandungi vitamin B kompleks yang dirumus secara berhati-hati dan bersekadar. Ia penting untuk penghasilan tenaga, proses matabolisma dan pertumbuhan badan. Vitamin-vitamin ini penting digunakan untuk mengekalkan homocynteine pada tahap yang normal. AO PRO mengandungi 1000μg asid folik.

Cadangan Pemakanan

Tiga (3) kapsul setiap hari, dicadangkan makan bersama hidangan.
Usana Essentials Chelated Mineral
Usana Essentials Chelated Mineral
Usana Essentials Chelated Mineral
  • Melawan kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas dengan jumlah mineral penting yang seimbang.
  • Membekalkan mineral yang penting untuk pemeliharaan fungsi metabolisma dan sistem imun yang sihat.
CHELATED MINERAL dicipta untuk memelihara kesihatan dan kesejahteraan am serta untuk melawan radikal bebas dengan cara membekalkan jumlah mineral penting yang seimbang kepada badan. Banyak vitamin dan enzim memerlukan mineral kofaktor untuk berfungsi dengan baik.

Adunan Mineral yang Seimbang

CHELATED MINERAL adalah terdiri daripada suatu spektrum mineral yang luas, termasuklah zink, selenium, magnesium, kromium, iodin, tembaga, mangan dan vanadium untuk kesihatan badan yang optimum.
Isi Kandungan Tablet Usana Essentials Chelated Mineral
Isi Kandungan Tablet Usana Essentials Chelated Mineral
Mineral dan unsur surih mewakili kurang daripada satu setengan dari 1% antara jumlah nutrien yang kita makan setiap hari. Namun sekiranya tanpa mereka, badan kita tidak dapt menggunakan karbohidrat, protin dan lemak dengan berkesan. Mineral asas juga penting untuk metabolisma badan.

Kesempurnaan dan Bio-availability

Kajian terbaru mendapati bahawa banyak lagi kita perlu kaji tentang mineral dalam diet harian kita.
Bukan semua mineral dicipta sama rata. Mineral yang digunakan oleh USANA adalah mineral yang mudah diserap oleh badan manusia. Dengan sikap yang berhati-hati, USANA merumuskan mineral asas yang ideal dan seimbang dan dalam bentuk “bio-available” serta penambahan mineral surih untuk keseimbangan dan kesempurnaan.
USANA menitikberatkan penggunaan ramuan yang bermutu, tulen dan lengkap dan berbentuk “bio-available”. Semua mineral hanya diambil daripada pembekal yang berkualiti yang mematuhi garis panduan ketat farmaseutikal GMP USANA.

Cadangan Pemakanan

Tiga (3) kapsul setiap hari dicadangkan makan bersama hidangan.
Usana Proflavanol
Usana Proflavanol
Usana Proflavanol
  • Formula antioksidan berdasarkan kombinasi sinergi antara ekstrak biji anggur bioflavonoids dan formula POLY C Usana.
Adalah suatu ironi kehidupan bahawa kita memerlukan oksigen untuk penghasilan tenaga yang berkesan dan untuk fungsi metabolisma badan tetapi sebaliknya oksigen yang wujud dalam pelbagai bentuk kimia dan yang diberi nama ROS. ROS ialah “spesies oksigen reaktif” yang merupakan racun kepada sel dan tisu badan.
Pendedahan yang keterlaluan kepada ROS akan menimbulkan ketidakseimbangan fisiologi yang dikenali sebagai tekanan pengoksidaan. Oleh yang demikian, antioksidan yang boleh dimakan merupakan barisan pertahanan yang utama terhadap tekanan pengoksidaan.

Isi Kandungan Tablet Usana Proflavanol
Isi Kandungan Tablet Usana Proflavanol
Kuasa Untuk Melawan Radikal Bebas

Radikal bebas dan spesies oksigen reaktif merupakan musuh sebenar kesihatan manusia. Tiap-tiap hari molekul reaktif ini – sama ada dari pencemaran persekitaran, asap rokok, diet berlemak atau dari metabolisma biasa – akan menyerang sel kita.
Satu daripada cara terbaik untuk mengatasi serangan ini adalah dengan mempertahankan diri kita dengan antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas ini.
Proanthocyanidins (sejenis bioflavonoids) yang berbentuk ekstrak biji anggur merupakan antara penghapus radikal bebas yang paling kuat dapat ditemui. Proanthocyanidins boleh didapati dalam banyak jenis makanan tetapi selalunya jumlahnya terlalu sedikit.

Mengapa Pilih Proflavanol™?

PROFLAVANOL™ merupakan senjata utama dalam gedung antioksidan badan. USANA menggunakan ekstrak biji anggur yang bermutu tinggi. Bersama-sama rumusan eksklusif Usana, POLY C adalah penghapus radikal bebas dalam PROFLAVANOL™, membekalkan anda bahan-bahan yang paling penting untuk memelihara kesihatan badan.
Setiap PROFLAVANOL™ mengandungi 30mg ekstrak biji anggur yang menawarkan perlindungan antioksidan yang paling lengkap.

Cadangan Pemakanan

Tiga (3) tablet setiap hari.

Kenali Pengasas Usana

Pengasas Usana Dr Myron Wentz
Pengasas Usana Dr Myron Wentz

Kisah Usana
Ditubuhkan pada tahun 1992, hari ini USANA Health Sciences merupakan pengeluar dan pengedar penokok zat yang amat disanjungi. Kejayaan USANA sebahagian besarnya bergantung kepada pengasas dan pengerusinya iaitu Dr Myron Wentz.
Pakar Dalam Bidang Pemeliharaan Sel
Dr Wentz, seorang pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang mikrobiologi dan imunologi, merupakan peneroka terkenal antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sel manusia untuk diagnosis penyakit berjangkit.
Dr Wentz menubuhkan Gull Laboratories pada awal tahun 1970 dan menghabiskan tempoh 20 tahun untuk membangunkan produk diagnostik untuk digunakan di hospital dan makmal klinikal di merata dunia. Ini menjadikan beliau seorang pakar dalam bidang pemeliharaan sel manusia yang sihat.
Dari Peringkat Mendiagnosis Penyakit ke Tahap Mewujudkan Kesihatan Optimum
Walaupun berjaya dalam Gull Laboratories, Dr Wentz berhadapan dengan masalah ketidakpuasan diri dan juga masalah kesihatan peribadi. Beliau mendapat nasihat seorang rakan untuk memakan penokok zat yang seterusnya telah mengubah visi dan menukar haluan karier beliau.
Memandangkan kedua-dua ibu bapa beliau meninggal akibat penyakit degeneratif, ahli sains dari North Dakota ini mengambil keputusan untuk mengubah haluan kepakaran beliau dari mendiagnosis penyakit ke bidang mempromosi kesihatan badan.
Mencatat Piawai Kecemerlangan yang Baru
Setelah mengetahui kepentingan zat yang baik terhadap fungsi sel yang optimum, Dr Wentz mulai menguji kehadiran penokok zat dalam makmal analitisnya. Beliau mendapati kebanyakan zat tidak dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan seimbang kepada badan manusia. Beliau juga mendapati zat-zat tersebut selalunya berkualiti rendah dan mempunyai kesan biologi yang lemah.
Lantas, Dr Wentz menubuhkan USANA pada tahun 1992. Dia bercita-cita untuk membangunkan siri penokok zat yang
seterusnya telah mengubah piawai kecemerlangan dalam industri berkenaan.
Berkongsi Visi Kesihatan
Sekarang, beribu-ribu orang di merata dunia berkongsi visi dengan Dr Wentz untuk menjaga kesihatan masing-masing melalui pemakanan yang baik, dan mereka yakin bahawa USANA dapat membawa kebahagiaan kepada keluarga mereka. Impian Dr Wentz untuk melahirkan “sebuah dunia yang bebas daripada kesengsaraan” telah mendorong beliau untuk menguruskan Sanoviv Medical Institute di Baja, Mexico, iaitu sebuah institusi perubatan yang canggih, begitu juga Wentz Medical Centre untuk kanak-kanak di Gaba, Uganda.
“Dengan kombinasi tertentu semua nutrien-nutrien yang penting dalam kehidupan, saya mampu mengekalkan keadaan kesihatan sel-sel dengan jayanya tanpa kesan penuaan ataupun penyakit.”
Anugerah The Personality Award 2008
Dr. Myron Wentz telah menerima The Personality Award pada tahun 2008. Ianya merupakan satu anugerah yang diiktiraf dan dikelolakan oleh badan bebas yang juga mengelolakan The BrandLaureate Award. The Personality Award merupakan satu anugerah yang mengiktiraf tokoh-tokoh yang telah menyumbangkan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat dunia.
Pengasas Usana Dr Myron Wentz Memenangi Brand Personality Award
Pengasas Usana Dr Myron Wentz Memenangi Brand Personality Award

Albert Einstein Award

Albert Einstein Award merupakan satu anugerah yang sangat berprestij terulung di dalam dunia Sains. Nama anugerah ini sendiri diambil sempena nama saintis lagenda dan terkenal iaitu Albert Einstein. Disebabkan Dr. Myron Wentz telah menyumbangkan baktinya yang sangat besar di dalam bidang Sains Kesihatan, Dr. Myron Wentz telah dianugerahkan Albert Einstein Award. Sejak anugerah ini diwujudkan, hanya 8 orang sahaja yang menerima anugerah ini, Dr. Wentz adalah seorang daripadanya. Amat membanggakan.
Pengasas Usana Dr Myron Wentz Memenangi Albert Einstein Award
Pengasas Usana Dr Myron Wentz Memenangi Albert Einstein Award
Usana Essentials Diberi Anugerah Brandlaureate Awards
Usana Essentials Menang Brandlaureate Award
Usana Essentials Menang Brandlaureate Award
The BrandLaureate Award – The Grammy Award for Branding. Itulah tagline bagi anugerah yang sangat berprestij untuk menentu sesuatu produk itu adalah yang terbaik dan terunggul. Ia adalah sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan Super Brand yang mana kebanyakan produk boleh mendapatkan pengiktirafan Super Brand jika ianya menepati piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Super Brand.
The BrandLaureate Award adalah anugerah bertaraf antarabangsa yang mana hanya produk atau perkhidmatan yang terbaik sahaja yang akan menerima anugerah ini. Ratusan produk dan perkhidmatan akan bertanding untuk mendapat kedudukan teratas mengikut kategori masing-masing. Tiada tempat kedua untuk The BrandLaureate Award ini.
Apa yang boleh dibanggakan, Essentials™ keluaran USANA Health Sciences telah memenangi The BrandLaureate Award sebanyak 5 kali berturut-turut semenjak memasuki pasaran Malaysia dari tahun 2007 sehingga 2011 bagi kategori Advance Nutritional Product. Ini membuktikan yang produk keluaran USANA merupakan yang terbaik di Asia Pasifik melalui The BrandLaureate Award. Sememangnya ini adalah Nutrisi yang anda boleh percayai.
Usana Essentials Brandlaureate Award
Usana Essentials Brandlaureate Award
Ya, kita telah pun ke penghujung bahagian akhir artikel 3 siri ini. Saya berharap semoga segala maklumat yang telah dibentangkan ini dapat memberi manfaat dan juga membuka hati anda untuk mencuba produk ini. Anda boleh hubungi saya pada bila-bila masa sahaja melalui e-mail atau telefon jika ada kemusykilan tentang produk Usana ataupun jika hendak membeli produk Usana boleh order dari saya. Saya menawarkan harga yang paling murah dan juga servis selepas jualan yang terbaik kepada para pengguna sekalian. Sekian sahaja, hingga ke artikel akan datang. Wassalam.

Usana Perfect 100 Pack, Satu Kajian Dan Ulasan Bahagian 2

Dipetik drp:  http://encikshahir.belidiweb.com

Usana Perfect 100 Pack Essentials ProflavanolSelamat datang ke bahagian kedua artikel ini.  Sila klik sini untuk membaca bahagian pertama Usana Perfect 100 Pack, Satu Kajian Dan Ulasan Bahagian 1. Di dalam bahagian pertama kita telah pun mengenali tentang oxidative stress, antioksidan dan free radicals dan bagaimana mereka mempengaruhi sel-sel di dalam tubuh badan kita.
Kita juga telah mengetahui bahawa antioksidan adalah penting dan sumber utamanya adalah dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi mengapa kita masih perlu memakan suplemen? Buang duit aje kan? Rileks dulu bro, mari kita kaji beberapa fakta sebelum kita membuat apa-apa kesimpulan ya.
Dari suratkhabar rasmi True Health keluaran Usana:
Senang Bercakap Daripada Melakukan

  Kita bersedia maklum, untuk menyediakan tiga hidangan
yang segar dan seimbang setiap hari itu memang
bukannya senang, tetapi ramai di antara kita masih
percaya bahawa kita boleh mendapat semua zat
yang diperlukan daripada makanan. Dalam
kehidupan harian, orang yang paling berhati-hati
pun berasa sukar untuk memastikan dirinya
menerima semua vitamin, galian dan
fitonutrien yang diperlukan oleh badan daripada
diet setiap hari.


Ini adalah kerana:
1. Pemilihan Makanan dan Tabiat Memakan
Kita tidak memakan semua jenis makanan yang diperlukan, kita hanya memilih beberapa jenis makanan yang kita suka. Contohnya bayam memang penuh dengan zat, tetapi kalau hanya makan bayam sahaja, Popeye pun tidak semestinya sihat.
2. Terlampau Masak
Suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan zat makanan yang berharga. Namun kita suka mendidih, menggoreng, memanggang, dan menggrilmakanan kita supayanya lebih sedap walaupun pada masa yang sama banyak nutrient sudah hilang.
3. Kandungan Zat Makanan yang Pelbagai
Makanan yang sama, sekiranya ditanam di tempat yang berlainan dan musim yang berbeza atau diproses pada tahap yang berlainan, akan membekalkan nutrien yang sangat berlainan.
Paling best…
Usana The Orange Question
Eloklah jika anda sudah memakan sebiji oren. Tetapi tahukah anda? Kemungkinaan oren yang anda makan tadi kandungan zatnya 5 kali lebih rendah daripada oren yang satu lagi?
Saya memang amat bersetuju dengan padangan ini. Bukan main susahnya nak memastikan kandungan zat sesuatu makanan itu dengan sendirian. Dengan teknologi yang ada, Usana telah pun memastikan khasiat dalam setiap botolnya memang sama untuk setiap tablet. Tambahan pula makanan kita bukan lagi asli seperti dahulu kerana ia dicemari dengan racun perosak, diberi baja kimia malah ada juga yang telah diubah struktur DNAnya bagi menggalak pertumbuhan! Dewasa ini faham-fahamlah permintaan bagi bahan makanan terlalu tinggi sehingga pengeluaran mesti dipertingkatkan. Ini semua akan mengorbankan kandungan zat di dalam makanan kita. Kualiti ditukar kepada kuantiti.
Tapi nanti dulu. Apalah sangat pendapat dan pandangan saya kan? Saya bukannya  seorang dukun, pawang, tok batin apatah lagi doktor. Saya hanyalah seorang insan yang menjalankan perniagaan yang kebetulan berkait rapat dengan kesihatan manusia (Usana Independent Distributor). Jadi apa kata kita mempertimbangkan pandangan dari mereka yang benar-benar layak. Pertimbangkan jurnal perubatan dari Persatuan Perubatan Amerika Syarikat (Journal of American Medical Association – JAMA) ini:
Usana Journal Of American Association
Bukan gurauan ok? Kalau bukti ini masih belum dapat menukar pandangan anda, pertimbangkan kata-kata doktor-doktor ini pula:
Usana Dr Ray D Strand   “The concern for my patients’ health has led me to recommend a complete nutritional system to my patients.”

“Untuk kesihatan semua pesakit saya, saya ingin mencadangkan satu system berzat lengkap kepada pesakit saya.”

Ray Strand, M.D. doctor and author of What Your Doctor Doesn’t Know About Nutritional Medicine Could Be Killing You

Usana Dr Ladd McNamara   “One important way to effectively maintain health is to supplement our diets with a full range of vitamins, minerals and antioxidant.”

“Satu daripada kaedah yang paling efektif untuk menjaga kesihatan kita adalah dengan membekalkan makanan harian kita dengan penokok
zat vitamin, galian dan bahan anti-pengoksidaan yang diperlukan oleh badan.”


Ladd McNamara. M.D. practitioner and medical consultant to
Fortune 500 companies

Usana Dr Christine Wood   “In my opinion, children over one year of age should be on nutritional supplementation… vitamins and minerals should be used in
addition to a healthy diet.”


“Pada pendapat saya, kanak-kanak berumur lebih dari satu tahun sepatutnya diberi penokok zat…vitamin dan galian sewajarnya dibekalkan
sebagai tambahan kepada penjagan pemakanan yang sihat.”


Christine Wood M.D., practicing pediatrician and author of
How to Get Kids to Eat Great and Love It!

Adakah terdapat apa-apa makanan semula jadi dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh badan manusia?
Herba dari puncak gunung; alga dari dasar laut; akar dari hutan belantara… semua orang mencari-cari “ubat yang ajaib” bukan?
Penokok diet sedemikian, seperti ubat herba, mungkin boleh menolong sesetengah isu kesihatan tertentu. Tetapi memang tiada apa-apa makanan semula jadi yang dapat membekalkan vitamin, galian dan antioksidan yang pelbagai dalam jumlah dan keseimbangan yang diperlukan oleh badan manusia.
Oleh yang demikian, ia tidak dapat menggantikan penokok zat yang berspektrum luas dan baik yang diperlukan oleh badan setiap hari. Berikut adalah 5 soalan yang perlu dijawab sebelum kita memilih suplemen kerana tidak semua suplemen sama.
1. Lengkap? 
“Sedikit daripada setiap nutrien adalah lebih baik daripada satu dua nutrien yang banyak”

Diet yang baik harus mempunyai pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan seperti vitamin, galian dan bahan anti-pengoksidaan seperti bioflavanoids, asid alfa lipoik dan koenzyme Q10. Banyak di antara formula “multi” di pasaran adalah tanpa nutrien yang lebih berharga.

2. Seimbang?

“Nutrien akan bertindak bersama-sama serentak, bukan sendirian”

Penokok zat yang baik dapat memberi nutrien yang seimbang supaya badan kita dapat menikmati kebaikan serentak. Formulasi yang tidak seimbang membawa mudarat, kerana jumlah sesuatu nutrien yang berlebihan dalam badan mungkin akan menghalang penyerapan nutrien yang lain.

3. Mujarab?
“Apa-apapun kalau terlampau banyak membawa mudarat. Tetapi kalau tidak cukup pula tidak berkesan”

Sebenarnya badan kita memerlukan jumlah mikronutrien yang sedikit sahaja (lazimnya ribuan dari satu gram setiap hari). Walau bagaimanapun, penokok zat yang baik patut memberi jumlah zat yang secukupnya untuk menjaga kesihatan badan. Jumlah ini biasanya lebih tinggi daripada RDA’s (Cadangan Peruntukan Diet) dan boleh dianggap sebagai tahap terendah untuk pencegahan penyakit kurang zat.

4. Bio-Wujud?

“Apa-apa yang tidak dapat diserap dan diguna akan dibuang begitu sahaja.”

Vitamin dan galian mungkin wujud dalam bentuk yang berbeza-beza, di antaranya ada yang lebih senang diserap dan digunakan oleh badan berbanding dengan yang lain. Penokok zat sepatutnya wujud dalam bentuk ‘bio-wujud’, sebagai contoh, galian campuran, iaitu galian yang bergabung dengan asid amino, adalah lebih senang diserap berbanding dengan garam galian.
  5. Selamat?

“Yang paling penting ialah ianya tidak menggugat kesihatan”

Suatu Penokok Zat yang baik akan mengelakkan kewujudan nutrien seperti Besi dan Vitamin A yang boleh membawa kemudaratan buat tempoh masa yang panjang. Ia juga dihasilkan mengikut piawai yang akan menjamin ketulenan dan kesamaan setiap tablet. Produk yang terbaik adalah
produk yang dihasilkan berdasarkan piawai farmaseutikal.

Usana Perfect 100 Pack, Satu Kajian Dan Ulasan Bahagian 1

Dipetik drp:  http://encikshahir.belidiweb.com

Usana Perfect 100 Pack Essentials And ProflavanolAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana melayari blog saya ini. Hari ini saya ingin mengulas tentang salah satu pakej produk Usana iaitu Perfect 100 Pack. Saya percaya ramai di luar sana masih belum pernah mendengar tentang produk utama keluaran syarikat dari Amerika ini. Jadi marilah kita sama-sama melihat produk ini dengan lebih teliti. Di dalam semua risalah bercetak Usana tidak ada yang menerangkan secara khusus mengenai Perfect 100 Pack ini kerana ia adalah gabungan dua produk terunggul Usana iaitu Essentials dan Proflavanol.
Pada saya, sebab ia dinamakan Perfect adalah  kerana ia merupakan gabungan multivitamin, mineral dan antioksidan yang paling mantap untuk mencegah dan mengubati kebanyakan penyakit kronik masa kini. 100 pula merujuk kepada points yang didapati oleh pengedar yang membuat autoship dengan produk ini. (akan dijelaskan lagi dalam artikel yang lain). Jadi mari kita melihat produk Essentials dahulu.Usana Essentials AO Pro And Chelated Minerals Set
Menurut flyer rasmi Usana, Essentials adalah “satu formula komprehensif yang merangkumi spektrum luas vitamin, mineral dan kofaktor yang penting untuk kesihatan optimum secara jangka panjang. Mengandungi siri antioksidan untuk melindungi badan daripada tekanan pengoksidaan.” Jadi secara keseluruhannya kita makan Usana Essentials ini untuk mendapatkan kesihatan yang optimum dan melindungi diri kita daripada tekanan pengoksidaan.
Kita sedia maklum frasa kesihatan optimum tetapi apakah itu tekanan pengoksidaan? Ini suatu terma yang baru bagi kita. Mengapa perlu kita dilindungi darinya? Bagaimana tahap bahayanya kepada kita? Saya boleh menyuruh anda untuk search dalam Google sahaja sebenarnya, tapi saya taklah sekejam itu.:) Biar saya mempermudahkan anda. Wikipedia menyatakan bahawa “tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk meneuteralkannya.
Akibatnya, peningkatan proses pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak. Penulisan perubatan membuktikan bahawa tekanan oksidatif adalah penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Tekanan oksidatif dapat dicegah dan dikurangi dengan pengambilan antioksidan yang cukup dan optimal ke dalam tubuh”.
Usana Oxidative Stress
Barangkali Beginilah Rupa Sel-Sel Yang Terkena "Oxidative Stress"
Dari ayat ini sahaja kita telah mengetahui betapa bahayanya tekanan oksidatif ini iaitu penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah (kanser), penyakit jantung, alzheimer dan lain-lain. Persoalan saya ialah kenapa tidak pernah seorang pun doktor yang saya jumpa (percayalah saya memang selalu jumpa doktor) menerangkan tentang tekanan oksidatif kepada saya sebelum ini kalau ianya begitu berbahaya?
Barangkali ada doktor dari kalangan pembaca boleh menjawab soalan saya ni. Selain itu ayat ini juga menerbitkan satu lagi terma yang asing bagi kebanyakan kita iaitu radikal bebas. Apa la pulak radikal bebas ni? Menurut flyer True Health Usana, “radikal bebas merupakan molekul yang membawa banyak kerosakan. Memandangkan radikal bebas kekurangan satu elektron, lantas mereka akan mencuri elektron daripada molekul lain yang sihat. Jadi molekul yang sihat ini akan dirosakkan dan menjadi radikal bebas juga. Ini akan membawa kerosakan secara berterusan kepada pelbagai sel di dalam badan manusia.
Radikal bebas mungkin berpunca dari alam persekitaran kita. Ia juga mungkin dihasilkan semasa badan kita membakar makanan untuk menghasilkan tenaga. Kita tak dapat mengelakkannya, tetapi kita boleh meneutralkan tindakannya”.
Usana Free Radical Atoms
Keadaan Atom-Atom Di Dalam Tubuh Kita
Menariknya dalam pernyataan ini adalah kita tidak akan dapat mengelakkannya. Cuma mungkin cepat atau lambat proses kerosakan hasil dari jangkitan radikal bebas kepada atom-atom sihat yang lain yang akan dilalui seseorang bergantung kepada tabiat pemakanannya dan persekitarannya. Pernyataan ini juga memberikan kita satu jalan penyelesaian untuk memerangi ancaman radikal bebas ini iaitu melalui pemakanan antioksidan. Jadi di manakah peranan antioksidan dalam menangani masalah ini?
Menurut True Health lagi “makanan-istimewanya buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan pelbagai jenis bahan anti pengoksidaan, yang dapat menderma elektron mereka yang berlebihan untuk meneutralkan radikal bebas. Dengan cara memakan pelbagai jenis makanan yang sihat, badan akan dibekalkan dengan nutrien yang diperlukan untuk memperbaiki dan menghasilkan semula sel yang rosak. Dengan adanya nutrien yang sesuai, sel badan manusia akan hidup seumur hidup kita”. Ok sekarang baru kita faham dari pernyataan ini bahawa makanan yang mempunyai nutrisi adalah antioksidan. Keadaan kesihatan sel-sel di dalam tubuh kita adalah bergantung kepada berapa banyak radikal bebas yang dapat dineutralkan oleh antioksidan yang kita ambil.
Usana Healthy Cells
Perbandingan Keadaan Sel-Sel Tubuh
Sekarang kita sudah pun jelas tentang watak-watak seperti antioksidan, radikal bebas, tekanan pengoksidaan serta peranan mereka dengan tahap kesihatan kita. Bagaimana pula kita nak memastikan bahawa apa yang kita makan mengandungi antioksidan yang mencukupi untuk memerangi radikal bebas demi menjaga kesihatan kita? Saya akan menyambung perbincangan kita ini dalam bahagian kedua artikel Usana Perfect 100 Pack, Satu Kajian Dan Ulasan ini kelak.

Soalan-Soalan Lazim Tentang Produk USANA

Dipetik drp:  http://encikshahir.belidiweb.com

 Di sini saya kumpulkan semua soalan yang lazim saya dengar dari pelanggan-pelanggan saya. Jika anda mempunyai persoalan sendiri mengenai USANA, jangan segan silu untuk bertanya saya. Semoga ruang ini dapat memberikan keyakinan untuk anda mencuba produk USANA tanpa was-was lagi.


Soalan: Saya seorang pesakit. Bolehkah Usana dimakan bersama ubat-ubat lain tanpa sebarang masalah?



Jawapan: Boleh. Ini kerana Usana diperbuat daripada 100% dari bahan semulajadi (buah-buahan dan sayur-sayuran). Jika anda tiada masalah dengan makanan tersebut, maka anda boleh mengambil Usana dengan selamat walaupun sedang dalam rawatan dan perlu mengambil ubat-ubat yang diberikan oleh hospital.



Soalan: Saya menghadapi masalah untuk menelan pil. Tapi berminat nak cuba Usana. Bagaimanakah caranya?



Jawapan: Usana boleh dicampurkan dengan makanan ataupun air tanpa menghilangkan zat-zat di dalamnya. Selain itu untuk memudahkan menelan, pil boleh dibelah kepada bahagian-bahagian yang kecil.

Soalan: Mengapakah harga Usana mahal?

Jawapan: Usana mahal atau murah bergantung kepada apa yang dibandingkan dengannya. Jika kita membandingkannya dengan ubat-ubat yang biasa kita dapati di kedai-kedai seperti Pil Chi Kit Teck Aun, Panadol atau Uphamol 650 memanglah agak mahal. Di hospital kerajaan lagi la boleh dapat sebakul ubat “free of charge”.

Tapi cuba kita bandingkan dengan pemakanan tambahan (supplement) yang lain seperti Shaklee, Amway, Herbalife dan sebagainya harga mereka tak kurang daripada Usana. Dan anda dapat Produk kesihatan yang rankingnya no 1 di dunia, tidak ada bahan terlarang seperti dadah dan USANA adalah dijamin halal.

Tentang kosnya pula, untuk sepasang supplement Essentials jika dikira dari harganya (RM233.00), adalah hanya RM2.70 sahaja sepasang. Anda akan dapat spektrum antioksidan dan mineral-mineral lengkap yang diperlukan oleh tubuh.

Bandingkan dengan makanan kesihatan lain contohnya Brand’s Essence of Chicken, 1 botol dalam 6 ringgit lebih. Tapi tak lengkap untuk keseluruhan keperluan kita. Ada banyak lagi perbandingan yang boleh kita buat. Cuma kita perlu prihatin. Lagi pun mereka yang  benar-benar pentingkan kesihatan dan menghargai tubuh mereka akan berhati-hati dengan ubat yang dipilih supaya memenuhi kriteria kualiti terunggul seperti USANA.

Untuk lebih jelas lagi mengapa Usana sebenarnya murah dengan apa yang anda dapat. Atau dengan ertikata lain berbaloi dengan harganya:

Usana Essentials vs Retail Competitors

Soalan: Saya memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Mengapa saya perlu makan Supplemen USANA pula? Bukankah sudah mencukupi keperluan nutrien saya setiap hari?
Jawapan:
Senang Bercakap Daripada Melakukan

Kita bersedia maklum, untuk menyediakan tiga hidangan
yang segar dan seimbang setiap hari itu memang
bukannya senang, tetapi ramai di antara kita masih
percaya bahawa kita boleh mendapat semua zat
yang diperlukan daripada makanan. Dalam
kehidupan harian, orang yang paling berhati-hati
pun berasa sukar untuk memastikan dirinya
menerima semua vitamin, galian dan
fitonutrien yang diperlukan oleh badan daripada
diet setiap hari.
Ini adalah kerana:
1. Pemilihan Makanan dan Tabiat Memakan
Kita tidak memakan semua jenis makanan yang diperlukan, kita hanya memilih beberapa jenis makanan yang kita suka. Contohnya bayam memang penuh dengan zat, tetapi kalau hanya makan bayam sahaja, Popeye pun tidak semestinya sihat.
2. Terlampau Masak
Suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan zat makanan yang berharga. Namun kita suka mendidih, menggoreng, memanggang, dan menggrilmakanan kita supayanya lebih sedap walaupun pada masa yang sama banyak nutrient sudah hilang.
3. Kandungan Zat Makanan yang Pelbagai
Makanan yang sama, sekiranya ditanam di tempat yang berlainan dan musim yang berbeza atau diproses pada tahap yang berlainan, akan membekalkan nutrien yang sangat berlainan.
Paling best…
Usana The Orange Question
Eloklah jika anda sudah memakan sebiji oren. Tetapi tahukah anda? Kemungkinaan oren yang anda makan tadi kandungan zatnya 5 kali lebih rendah daripada oren yang satu lagi?

Soalan: Pada masa kini, kita dibanjiri dengan pelbagai produk kesihatan yang mudah didapati bukan sahaja di farmasi-farmasi malah di tepian jalan. Kesemuanya mendakwa sebagai ubat yang terunggul dan baik untuk kita. Bagaimanakah saya nak memilih supplemen yang terbaik untuk diri dan keluarga?

Jawapan:
Berikut adalah kriteria pemilihan produk kesihatan dan supplement yang terbaik untuk diri dan keluarga:

1. Lengkap?
“Sedikit daripada setiap nutrien adalah lebih baik daripada satu dua nutrien yang banyak”

Diet yang baik harus mempunyai pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan seperti vitamin, galian dan bahan anti-pengoksidaan seperti bioflavanoids, asid alfa lipoik dan koenzyme Q10. Banyak di antara formula “multi” di pasaran adalah tanpa nutrien yang lebih berharga.

2. Seimbang?

“Nutrien akan bertindak bersama-sama serentak, bukan sendirian”

Penokok zat yang baik dapat memberi nutrien yang seimbang supaya badan kita dapat menikmati kebaikan serentak. Formulasi yang tidak seimbang membawa mudarat, kerana jumlah sesuatu nutrien yang berlebihan dalam badan mungkin akan menghalang penyerapan nutrien yang lain.

3. Mujarab?
“Apa-apapun kalau terlampau banyak membawa mudarat. Tetapi kalau tidak cukup pula tidak berkesan”

Sebenarnya badan kita memerlukan jumlah mikronutrien yang sedikit sahaja (lazimnya ribuan dari satu gram setiap hari). Walau bagaimanapun, penokok zat yang baik patut memberi jumlah zat yang secukupnya untuk menjaga kesihatan badan. Jumlah ini biasanya lebih tinggi daripada RDA’s (Cadangan Peruntukan Diet) dan boleh dianggap sebagai tahap terendah untuk pencegahan penyakit kurang zat.

4. Bio-Wujud?

“Apa-apa yang tidak dapat diserap dan diguna akan dibuang begitu sahaja.”

Vitamin dan galian mungkin wujud dalam bentuk yang berbeza-beza, di antaranya ada yang lebih senang diserap dan digunakan oleh badan berbanding dengan yang lain. Penokok zat sepatutnya wujud dalam bentuk ‘bio-wujud’, sebagai contoh, galian campuran, iaitu galian yang bergabung dengan asid amino, adalah lebih senang diserap berbanding dengan garam galian.
5. Selamat?

“Yang paling penting ialah ianya tidak menggugat kesihatan”

Suatu Penokok Zat yang baik akan mengelakkan kewujudan nutrien seperti Besi dan Vitamin A yang boleh membawa kemudaratan buat tempoh masa yang panjang. Ia juga dihasilkan mengikut piawai yang akan menjamin ketulenan dan kesamaan setiap tablet. Produk yang terbaik adalah
produk yang dihasilkan berdasarkan piawai farmaseutikal.


Soalan: Saya sebagai seorang muslim sangat meragui kehalalan produk-produk dari luar negara apatah lagi dari negara Amerika Syarikat seperti USANA ni. Apakah bukti-bukti yang menunjukkan produk-produk USANA ni halal?
Jawapan: Alhamdulillah, begitulah hendaknya sikap kita dalam memilih apa jua produk pemakanan atau ubat-ubatan di pasaran. Dalam keadaan di mana teknologi adalah serba canggih, begitu mudah mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab meletakkan logo halal pada produk mereka. Ini sangat menyusahkan di mana kita perlu memeriksa kandungan setiap produk.

Produk USANA diakui halal oleh IFANCA – Islamic Food and Nutrition Council of America. Ia adalah pertubuhan bukan berorentasikan keuntungan tapi berorentasikan perkhidmatan. IFANCA adalah pertubuhan yang tersohor di Amerika dan di kalangan negara-negara Islam, negara-negara yang mengiktirafkan IFANCA adalah termasukKerajaan Malaysia, Singapura, Indonesia, Fillipina, Thailand serta Arab Saudi.
Sila rujuk maklumat lanjut di http://www.ifanca.org/about/
Untuk pensijilannya sila rujuk di bawah:

Usana Sijil Halal Ifanca diperakui JAKIM







Usana pengesahan halal Ifanca JAKIM

Friday

Cadangan produk USANA yang berkaitan dengan masalah kesihatan



Cadangan produk USANA yang berkaitan  masalah kesihatan
Lebih banyak artikel oleh Lauren »
Ditulis oleh: Lauren












 USANA Sains Kesihatan yang dikenali untuk manfaat mereka yang apabila diambil akan membantu untuk mengurangkan dan mencegah masalah kesihatan. Berikut adalah al senarai masalah kesihatan yang diketahui dan penyakit dan apa produk USANA perlu diambil untuk membantu mengurangkan atau cuba menghalang masalah-masalah ini yang diketahui. Ia perlu diambil perhatian bahawa ini bukan ubat untuk menyembuhkan penyakit tetapi tambahan untuk membantu mencegah penyakit dan membantu mengurangkan mereka.
Arthtitis / degeneratif Artritis / Osteoartritis: Essentials, Procosamine II / Procosa II
Asma bronkial / Alahan: Essentials, Proflavanol C100, Kalsium Aktif
Demensia Alzheimer: Essentials, Proflavanol C100, E-Perdana
Penyakit kardiovaskular / Strok: Essentials, Proflavanol C100
Masalah tulang belakang (penyakit) ankylosing spondylitis: Essentials, Procosamine II / Procosa II
Sklerosis lateral Amyothrophic (ALS) / Lou Gehrig: Essentials, Active Calcium, Proflavanol C100
Keaktifan Hyper: Essentials, Proflavanol C100
Palsy Bell: Essentials, Proflavanol C100
Jantung lemah: Essentials, Coquinone 30
Bipolar Disorder / Kemurungan / manik Kemurungan Sydrome: Essentials, BiOmega
Bangunan Sistem imun: Essentials, Proflavanol C100, Coquinone 30
Masalah Kanser Am: Essentials, Active Calcium, Proflavanol C100, E-Prime, Coquinone 30, Poly C, BiOmega
Kanser payudara: Essentials, Proflavanol C100, Coquinone 30, Melatonin 3mg, BIOmega III Plus, E-Perdana
Kanser paru-paru: Essentials, Kalsium Aktif, C100 Proflavanol, Coquinone 30, Poly C, BIOmega III Plus, E-Perdana
Kanser kolon: Essentials, Kalsium Aktif, C100 Proflavanol, Coquinone 30, Poly C, BIOmega III Plus, E-Perdana
Prostat Kanser: Essentials, Kalsium Aktif, Proflavanol C100, Coquinone 30, Palmento Plus, BIOmega III Plus, E-Perdana
Jerawat: Essentials, Proflavanol C100
Jangkitan yis: Essentials, Proflavanol C100
Masalah usus / Guam seliak: Essentials, Proflavanol C100
Penyakit paru-paru: Essentials, Active Calcium, Proflavanol C100, Poly C
* Asas = AO Pro - Chelated Mineral