Dipetik drp:
http://encikshahir.belidiweb.com
Di sini saya kumpulkan semua soalan yang lazim saya dengar dari pelanggan-pelanggan saya. Jika anda mempunyai persoalan sendiri mengenai USANA, jangan segan silu untuk bertanya saya. Semoga ruang ini dapat memberikan keyakinan untuk anda mencuba produk USANA tanpa was-was lagi.
Soalan: Saya seorang pesakit. Bolehkah Usana dimakan bersama ubat-ubat lain tanpa sebarang masalah?
Jawapan: Boleh. Ini
kerana Usana diperbuat daripada 100% dari bahan semulajadi
(buah-buahan dan sayur-sayuran). Jika anda tiada masalah dengan
makanan tersebut, maka anda boleh mengambil Usana dengan selamat
walaupun sedang dalam rawatan dan perlu mengambil ubat-ubat yang
diberikan oleh hospital.
Soalan: Saya menghadapi masalah untuk menelan pil. Tapi berminat nak cuba Usana. Bagaimanakah caranya?
Jawapan: Usana boleh
dicampurkan dengan makanan ataupun air tanpa menghilangkan zat-zat di
dalamnya. Selain itu untuk memudahkan menelan, pil boleh dibelah
kepada bahagian-bahagian yang kecil.
Soalan: Mengapakah harga Usana mahal?
Jawapan: Usana mahal
atau murah bergantung kepada apa yang dibandingkan dengannya. Jika kita
membandingkannya dengan ubat-ubat yang biasa kita dapati di kedai-kedai
seperti Pil Chi Kit Teck Aun, Panadol atau Uphamol 650 memanglah agak
mahal. Di hospital kerajaan lagi la boleh dapat sebakul ubat “free of
charge”.
Tapi cuba kita bandingkan dengan
pemakanan tambahan (supplement) yang lain seperti Shaklee, Amway,
Herbalife dan sebagainya harga mereka tak kurang daripada Usana. Dan
anda dapat Produk kesihatan yang rankingnya no 1 di dunia, tidak ada
bahan terlarang seperti dadah dan USANA adalah dijamin halal.
Tentang kosnya pula, untuk sepasang
supplement Essentials jika dikira dari harganya (RM233.00), adalah
hanya RM2.70 sahaja sepasang. Anda akan dapat spektrum antioksidan
dan mineral-mineral lengkap yang diperlukan oleh tubuh.
Bandingkan dengan makanan kesihatan lain
contohnya Brand’s Essence of Chicken, 1 botol dalam 6 ringgit lebih.
Tapi tak lengkap untuk keseluruhan keperluan kita. Ada banyak lagi
perbandingan yang boleh kita buat. Cuma kita perlu prihatin. Lagi pun
mereka yang benar-benar pentingkan kesihatan dan menghargai tubuh
mereka akan berhati-hati dengan ubat yang dipilih supaya memenuhi
kriteria kualiti terunggul seperti USANA.
Untuk lebih jelas lagi mengapa Usana
sebenarnya murah dengan apa yang anda dapat. Atau dengan ertikata
lain berbaloi dengan harganya:
Soalan: Saya memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap
hari. Mengapa saya perlu makan Supplemen USANA pula? Bukankah sudah
mencukupi keperluan nutrien saya setiap hari?
Jawapan:
Ini adalah kerana:
1. Pemilihan Makanan dan Tabiat Memakan
Jawapan:
Ini adalah kerana:
1. Pemilihan Makanan dan Tabiat Memakan
Kita tidak memakan semua jenis makanan
yang diperlukan, kita hanya memilih beberapa jenis makanan yang kita
suka. Contohnya bayam memang penuh dengan zat, tetapi kalau hanya makan
bayam sahaja, Popeye pun tidak semestinya sihat.
2. Terlampau Masak
Suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan
zat makanan yang berharga. Namun kita suka mendidih, menggoreng,
memanggang, dan menggrilmakanan kita supayanya lebih sedap walaupun pada
masa yang sama banyak nutrient sudah hilang.
3. Kandungan Zat Makanan yang Pelbagai
Makanan yang sama, sekiranya ditanam di
tempat yang berlainan dan musim yang berbeza atau diproses pada tahap
yang berlainan, akan membekalkan nutrien yang sangat berlainan.
Paling best…
Eloklah jika anda
sudah memakan sebiji oren. Tetapi tahukah anda? Kemungkinaan oren yang
anda makan tadi kandungan zatnya 5 kali lebih rendah daripada oren yang
satu lagi?
Soalan: Pada masa kini, kita
dibanjiri dengan pelbagai produk kesihatan yang mudah didapati bukan
sahaja di farmasi-farmasi malah di tepian jalan. Kesemuanya mendakwa
sebagai ubat yang terunggul dan baik untuk kita. Bagaimanakah saya nak
memilih supplemen yang terbaik untuk diri dan keluarga?
Jawapan:
Berikut adalah kriteria pemilihan produk kesihatan dan supplement yang terbaik untuk diri dan keluarga: 1. Lengkap?
“Sedikit daripada setiap nutrien adalah lebih baik daripada satu dua nutrien yang banyak”
Diet
yang baik harus mempunyai pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan
seperti vitamin, galian dan bahan anti-pengoksidaan seperti
bioflavanoids, asid alfa lipoik dan koenzyme Q10. Banyak di antara
formula “multi” di pasaran adalah tanpa nutrien yang lebih berharga.
2. Seimbang? “Nutrien akan bertindak bersama-sama serentak, bukan sendirian”
Penokok
zat yang baik dapat memberi nutrien yang seimbang supaya badan kita
dapat menikmati kebaikan serentak. Formulasi yang tidak seimbang membawa
mudarat, kerana jumlah sesuatu nutrien yang berlebihan dalam badan
mungkin akan menghalang penyerapan nutrien yang lain.
3. Mujarab? “Apa-apapun kalau terlampau banyak membawa mudarat. Tetapi kalau tidak cukup pula tidak berkesan”
Sebenarnya
badan kita memerlukan jumlah mikronutrien yang sedikit sahaja (lazimnya
ribuan dari satu gram setiap hari). Walau bagaimanapun, penokok zat
yang baik patut memberi jumlah zat yang secukupnya untuk menjaga
kesihatan badan. Jumlah ini biasanya lebih tinggi daripada RDA’s
(Cadangan Peruntukan Diet) dan boleh dianggap sebagai tahap terendah
untuk pencegahan penyakit kurang zat.
4. Bio-Wujud? “Apa-apa yang tidak dapat diserap dan diguna akan dibuang begitu sahaja.”
Vitamin
dan galian mungkin wujud dalam bentuk yang berbeza-beza, di antaranya
ada yang lebih senang diserap dan digunakan oleh badan berbanding dengan
yang lain. Penokok zat sepatutnya wujud dalam bentuk ‘bio-wujud’,
sebagai contoh, galian campuran, iaitu galian yang bergabung dengan asid
amino, adalah lebih senang diserap berbanding dengan garam galian.
|
5. Selamat? “Yang paling penting ialah ianya tidak menggugat kesihatan”
Suatu
Penokok Zat yang baik akan mengelakkan kewujudan nutrien seperti Besi
dan Vitamin A yang boleh membawa kemudaratan buat tempoh masa yang
panjang. Ia juga dihasilkan mengikut piawai yang akan menjamin ketulenan
dan kesamaan setiap tablet. Produk yang terbaik adalah
produk yang dihasilkan berdasarkan piawai farmaseutikal. |
Soalan: Saya sebagai seorang
muslim sangat meragui kehalalan produk-produk dari luar negara apatah
lagi dari negara Amerika Syarikat seperti USANA ni. Apakah bukti-bukti
yang menunjukkan produk-produk USANA ni halal?
Jawapan: Alhamdulillah, begitulah hendaknya sikap
kita dalam memilih apa jua produk pemakanan atau ubat-ubatan di
pasaran. Dalam keadaan di mana teknologi adalah serba canggih, begitu
mudah mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab meletakkan logo
halal pada produk mereka. Ini sangat menyusahkan di mana kita perlu
memeriksa kandungan setiap produk.
Produk USANA diakui halal oleh IFANCA
– Islamic Food and Nutrition Council of America. Ia adalah
pertubuhan bukan berorentasikan keuntungan tapi berorentasikan
perkhidmatan. IFANCA adalah pertubuhan yang tersohor di Amerika dan di
kalangan negara-negara Islam, negara-negara yang mengiktirafkan IFANCA
adalah termasukKerajaan Malaysia, Singapura, Indonesia, Fillipina,
Thailand serta Arab Saudi.
Sila rujuk maklumat lanjut di http://www.ifanca.org/about/Untuk pensijilannya sila rujuk di bawah:
No comments:
Post a Comment