Selamat datang ke bahagian kedua artikel ini. Sila klik sini untuk membaca bahagian pertama Usana Perfect 100 Pack, Satu Kajian Dan Ulasan Bahagian 1.
Di dalam bahagian pertama kita telah pun mengenali tentang oxidative
stress, antioksidan dan free radicals dan bagaimana mereka mempengaruhi
sel-sel di dalam tubuh badan kita.
Kita juga telah mengetahui bahawa
antioksidan adalah penting dan sumber utamanya adalah dari buah-buahan
dan sayur-sayuran. Jadi mengapa kita masih perlu memakan suplemen? Buang
duit aje kan? Rileks dulu bro, mari kita kaji beberapa fakta sebelum
kita membuat apa-apa kesimpulan ya.
Dari suratkhabar rasmi True Health keluaran Usana:Ini adalah kerana:
1. Pemilihan Makanan dan Tabiat Memakan
Kita tidak memakan semua jenis makanan
yang diperlukan, kita hanya memilih beberapa jenis makanan yang kita
suka. Contohnya bayam memang penuh dengan zat, tetapi kalau hanya makan
bayam sahaja, Popeye pun tidak semestinya sihat.
2. Terlampau Masak
Suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan
zat makanan yang berharga. Namun kita suka mendidih, menggoreng,
memanggang, dan menggrilmakanan kita supayanya lebih sedap walaupun pada
masa yang sama banyak nutrient sudah hilang.
3. Kandungan Zat Makanan yang Pelbagai
Makanan yang sama, sekiranya ditanam di
tempat yang berlainan dan musim yang berbeza atau diproses pada tahap
yang berlainan, akan membekalkan nutrien yang sangat berlainan.
Paling best…
Eloklah jika anda
sudah memakan sebiji oren. Tetapi tahukah anda? Kemungkinaan oren yang
anda makan tadi kandungan zatnya 5 kali lebih rendah daripada oren yang
satu lagi?
Saya memang amat bersetuju dengan
padangan ini. Bukan main susahnya nak memastikan kandungan zat sesuatu
makanan itu dengan sendirian. Dengan teknologi yang ada, Usana telah pun
memastikan khasiat dalam setiap botolnya memang sama untuk setiap
tablet. Tambahan pula makanan kita bukan lagi asli seperti dahulu kerana
ia dicemari dengan racun perosak, diberi baja kimia malah ada juga yang
telah diubah struktur DNAnya bagi menggalak pertumbuhan! Dewasa ini
faham-fahamlah permintaan bagi bahan makanan terlalu tinggi sehingga
pengeluaran mesti dipertingkatkan. Ini semua akan mengorbankan kandungan
zat di dalam makanan kita. Kualiti ditukar kepada kuantiti.
Tapi nanti dulu. Apalah sangat pendapat
dan pandangan saya kan? Saya bukannya seorang dukun, pawang, tok batin
apatah lagi doktor. Saya hanyalah seorang insan yang menjalankan
perniagaan yang kebetulan berkait rapat dengan kesihatan manusia (Usana
Independent Distributor). Jadi apa kata kita mempertimbangkan pandangan
dari mereka yang benar-benar layak. Pertimbangkan jurnal perubatan dari
Persatuan Perubatan Amerika Syarikat (Journal of American Medical
Association – JAMA) ini:
Bukan gurauan ok? Kalau bukti ini masih belum dapat menukar pandangan anda, pertimbangkan kata-kata doktor-doktor ini pula:
Adakah terdapat apa-apa makanan semula jadi dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh badan manusia?
Herba dari puncak gunung; alga dari dasar laut; akar dari hutan belantara… semua orang mencari-cari “ubat yang ajaib” bukan?
Penokok diet
sedemikian, seperti ubat herba, mungkin boleh menolong sesetengah isu
kesihatan tertentu. Tetapi memang tiada apa-apa makanan semula jadi yang
dapat membekalkan vitamin, galian dan antioksidan yang pelbagai dalam
jumlah dan keseimbangan yang diperlukan oleh badan manusia.
Oleh yang demikian, ia
tidak dapat menggantikan penokok zat yang berspektrum luas dan baik
yang diperlukan oleh badan setiap hari. Berikut adalah 5 soalan yang
perlu dijawab sebelum kita memilih suplemen kerana tidak semua suplemen
sama.
1. Lengkap?
“Sedikit daripada setiap nutrien adalah lebih baik daripada satu dua nutrien yang banyak”
Diet
yang baik harus mempunyai pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan
seperti vitamin, galian dan bahan anti-pengoksidaan seperti
bioflavanoids, asid alfa lipoik dan koenzyme Q10. Banyak di antara
formula “multi” di pasaran adalah tanpa nutrien yang lebih berharga.
2. Seimbang? “Nutrien akan bertindak bersama-sama serentak, bukan sendirian”
Penokok
zat yang baik dapat memberi nutrien yang seimbang supaya badan kita
dapat menikmati kebaikan serentak. Formulasi yang tidak seimbang membawa
mudarat, kerana jumlah sesuatu nutrien yang berlebihan dalam badan
mungkin akan menghalang penyerapan nutrien yang lain.
3. Mujarab? “Apa-apapun kalau terlampau banyak membawa mudarat. Tetapi kalau tidak cukup pula tidak berkesan”
Sebenarnya
badan kita memerlukan jumlah mikronutrien yang sedikit sahaja (lazimnya
ribuan dari satu gram setiap hari). Walau bagaimanapun, penokok zat
yang baik patut memberi jumlah zat yang secukupnya untuk menjaga
kesihatan badan. Jumlah ini biasanya lebih tinggi daripada RDA’s
(Cadangan Peruntukan Diet) dan boleh dianggap sebagai tahap terendah
untuk pencegahan penyakit kurang zat.
4. Bio-Wujud? “Apa-apa yang tidak dapat diserap dan diguna akan dibuang begitu sahaja.”
Vitamin
dan galian mungkin wujud dalam bentuk yang berbeza-beza, di antaranya
ada yang lebih senang diserap dan digunakan oleh badan berbanding dengan
yang lain. Penokok zat sepatutnya wujud dalam bentuk ‘bio-wujud’,
sebagai contoh, galian campuran, iaitu galian yang bergabung dengan asid
amino, adalah lebih senang diserap berbanding dengan garam galian.
|
5. Selamat? “Yang paling penting ialah ianya tidak menggugat kesihatan”
Suatu
Penokok Zat yang baik akan mengelakkan kewujudan nutrien seperti Besi
dan Vitamin A yang boleh membawa kemudaratan buat tempoh masa yang
panjang. Ia juga dihasilkan mengikut piawai yang akan menjamin ketulenan
dan kesamaan setiap tablet. Produk yang terbaik adalah
produk yang dihasilkan berdasarkan piawai farmaseutikal. |
No comments:
Post a Comment