Dipetik drp: http://encikshahir.belidiweb.com
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana melayari blog saya ini. Hari
ini saya ingin mengulas tentang salah satu pakej produk Usana iaitu
Perfect 100 Pack. Saya percaya ramai di luar sana masih belum pernah
mendengar tentang produk utama keluaran syarikat dari Amerika ini. Jadi
marilah kita sama-sama melihat produk ini dengan lebih teliti. Di dalam
semua risalah bercetak Usana tidak ada yang menerangkan secara khusus
mengenai Perfect 100 Pack ini kerana ia adalah gabungan dua produk
terunggul Usana iaitu Essentials dan Proflavanol.
Pada saya, sebab ia dinamakan Perfect
adalah kerana ia merupakan gabungan multivitamin, mineral dan
antioksidan yang paling mantap untuk mencegah dan mengubati kebanyakan
penyakit kronik masa kini. 100 pula merujuk kepada points yang didapati
oleh pengedar yang membuat autoship dengan produk ini. (akan dijelaskan
lagi dalam artikel yang lain). Jadi mari kita melihat produk Essentials
dahulu.
Menurut flyer rasmi Usana, Essentials adalah “satu
formula komprehensif yang merangkumi spektrum luas vitamin, mineral dan
kofaktor yang penting untuk kesihatan optimum secara jangka panjang.
Mengandungi siri antioksidan untuk melindungi badan daripada tekanan
pengoksidaan.” Jadi secara keseluruhannya kita makan Usana
Essentials ini untuk mendapatkan kesihatan yang optimum dan melindungi
diri kita daripada tekanan pengoksidaan.
Kita sedia maklum frasa kesihatan
optimum tetapi apakah itu tekanan pengoksidaan? Ini suatu terma yang
baru bagi kita. Mengapa perlu kita dilindungi darinya? Bagaimana tahap
bahayanya kepada kita? Saya boleh menyuruh anda untuk search dalam
Google sahaja sebenarnya, tapi saya taklah sekejam itu.:) Biar saya
mempermudahkan anda. Wikipedia menyatakan bahawa “tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk meneuteralkannya.
Akibatnya, peningkatan proses
pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan
kerosakan yang lebih banyak. Penulisan perubatan membuktikan bahawa
tekanan oksidatif adalah penyebab utama penuaan diri dan timbulnya
penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan
lain-lain. Tekanan oksidatif dapat dicegah dan dikurangi dengan
pengambilan antioksidan yang cukup dan optimal ke dalam tubuh”.
Dari ayat ini sahaja kita telah mengetahui betapa bahayanya tekanan oksidatif ini iaitu penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah (kanser), penyakit jantung, alzheimer dan lain-lain. Persoalan
saya ialah kenapa tidak pernah seorang pun doktor yang saya jumpa
(percayalah saya memang selalu jumpa doktor) menerangkan tentang tekanan
oksidatif kepada saya sebelum ini kalau ianya begitu berbahaya?
Barangkali ada doktor dari kalangan
pembaca boleh menjawab soalan saya ni. Selain itu ayat ini juga
menerbitkan satu lagi terma yang asing bagi kebanyakan kita iaitu
radikal bebas. Apa la pulak radikal bebas ni? Menurut flyer True Health
Usana, “radikal bebas merupakan molekul yang membawa banyak
kerosakan. Memandangkan radikal bebas kekurangan satu elektron, lantas
mereka akan mencuri elektron daripada molekul lain yang sihat. Jadi
molekul yang sihat ini akan dirosakkan dan menjadi radikal bebas juga.
Ini akan membawa kerosakan secara berterusan kepada pelbagai sel di
dalam badan manusia.
Radikal bebas mungkin berpunca dari
alam persekitaran kita. Ia juga mungkin dihasilkan semasa badan kita
membakar makanan untuk menghasilkan tenaga. Kita tak dapat
mengelakkannya, tetapi kita boleh meneutralkan tindakannya”.
Menariknya dalam pernyataan ini adalah
kita tidak akan dapat mengelakkannya. Cuma mungkin cepat atau lambat
proses kerosakan hasil dari jangkitan radikal bebas kepada atom-atom
sihat yang lain yang akan dilalui seseorang bergantung kepada tabiat
pemakanannya dan persekitarannya. Pernyataan ini juga memberikan kita
satu jalan penyelesaian untuk memerangi ancaman radikal bebas ini iaitu
melalui pemakanan antioksidan. Jadi di manakah peranan antioksidan dalam
menangani masalah ini?
Menurut True Health lagi “makanan-istimewanya
buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan pelbagai jenis bahan
anti pengoksidaan, yang dapat menderma elektron mereka yang berlebihan
untuk meneutralkan radikal bebas. Dengan cara memakan pelbagai jenis
makanan yang sihat, badan akan dibekalkan dengan nutrien yang diperlukan
untuk memperbaiki dan menghasilkan semula sel yang rosak. Dengan adanya
nutrien yang sesuai, sel badan manusia akan hidup seumur hidup kita”.
Ok sekarang baru kita faham dari pernyataan ini bahawa makanan yang
mempunyai nutrisi adalah antioksidan. Keadaan kesihatan sel-sel di dalam
tubuh kita adalah bergantung kepada berapa banyak radikal bebas yang
dapat dineutralkan oleh antioksidan yang kita ambil.
Sekarang kita sudah pun jelas tentang
watak-watak seperti antioksidan, radikal bebas, tekanan pengoksidaan
serta peranan mereka dengan tahap kesihatan kita. Bagaimana pula kita
nak memastikan bahawa apa yang kita makan mengandungi antioksidan yang
mencukupi untuk memerangi radikal bebas demi menjaga kesihatan kita?
Saya akan menyambung perbincangan kita ini dalam bahagian kedua artikel
Usana Perfect 100 Pack, Satu Kajian Dan Ulasan ini kelak.
No comments:
Post a Comment